RATU Cantik Miss Universe Thailand 2018, Sophida Kanchanarin (kiri) memakai memakai gaun berwarna biru rekaan Puteri Sirivannavari Nariratana. - Agensi
RATU Cantik Miss Universe Thailand 2018, Sophida Kanchanarin (kiri) memakai memakai gaun berwarna biru rekaan Puteri Sirivannavari Nariratana. - Agensi
Agensi

Bangkok: Seorang bintang YouTube berdepan dakwaan menghina raja selepas tindakannya mengkritik gaun yang dipakai peserta Miss Universe yang direka anak perempuan Raja Thailand, Raja Vajiralongkorn.

Daily Mail melaporkan, Wanchleom Jamneanphol dikatakan memuat naik status di Facebook yang mengkritik gaun dipakai peserta Thailand, Sophida Kanchanarin dalam pertandingan diadakan di wilayah Nonthaburi itu sebagai buruk.

Gaun itu adalah hasil rekaan anak perempuan Vajiralongkorn yang berusia 31 tahun, Puteri Sirivannavari Nariratana.

Undang-Undang Lese-Majeste (derhaka) di Thailand melarang rakyatnya mengkritik monarki itu.

Wanchleom disiasat selepas seorang jutawan, Kitjanut Chaiyosburanato membuat laporan polis terhadap wanita itu mendakwa tindakan bintang Internet itu sebagai menghina puteri berkenaan.

Polis Thailand memberitahu, pihaknya sudah menerima laporan itu dan menyiasat kes terbabit.

The Guardian melaporkan, wanita itu sudah memadam hantaran di akaun Facebook dan meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak berniat menghina institusi paling tinggi itu.

“Saya tidak sedar mengenai kesan tindakan saya ini selepas menulis komen dan hantaran yang menjejaskan monarki diraja.

Puteri Sirivannavari ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada Raja Vajiralongkorn dan bekas isterinya, Sujarinee Vivacharawongse.

Dia mempunyai latar pendidikan dalam bidang fesyen dan tekstil di Fakulti Seni Halus dan Gunaan di Universiti Chulalongkorn serta fesyen couture di Paris, Perancis.

Sirivannavari pernah membuat pertunjukan koleksinya di Paris dan Bangkok selain mempunyai jenama pakaiannya, ‘Sirivannavari’ dan sering hadir di Minggu Fesyen Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Disember 2018 @ 8:35 AM