NATHALIE, 35, dilaporkan tidak pulang ke hotel sebaik keluar berjoging Isnin lalu. FOTO AFP
NATHALIE, 35, dilaporkan tidak pulang ke hotel sebaik keluar berjoging Isnin lalu. FOTO AFP
AFP

ATHENS: Mayat seorang saintis British ditemui dalam gaung di pulau Ikaria, Greek dua hari selepas dilaporkan hilang, kata televisyen awam Greek semalam.

Punca kematian ahli astrofizik, Natalie Christopher yang berpangkalan di Cyprus dan sedang bercuti dengan pasangannya belum dapat disahkan, kata saluran ERT.

Polis giat mencari wanita berusia 35 tahun itu selepas dia dilaporkan tidak pulang ke hotel sebaik keluar berjoging Isnin lalu.

Menurut media Greek dan Cyprus, Natalie dan teman lelakinya berusia 38 tahun tiba di pulau Aegean Sabtu lalu dan menginap berhampiran pelabuhan Agios Kirykos.

Insiden itu berlaku tiga minggu selepas pembunuhan seorang ahli biologi molekul Amerika Syarikat (AS) Suzanne Eaton di pulau Crete, Greek.

MAYAT Nathalie yang ditemui dalam gaung di pulau Ikaria. FOTO AFP
MAYAT Nathalie yang ditemui dalam gaung di pulau Ikaria. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 3:43 PM