PENDUDUK membuat barisan memindahkan mangsa yang cedera menyeberangi sungai selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di daerah Kullu, Himachal Pradesh, India.
PENDUDUK membuat barisan memindahkan mangsa yang cedera menyeberangi sungai selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di daerah Kullu, Himachal Pradesh, India.
AFP

SHIMLA, INDIA: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 35 lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di kawasan pergunungan di Himachal Pradesh, utara India, hari ini.

Bas berkenaan yang membawa sehingga 60 penumpang, sebahagiannya duduk di atas bumbung, terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter di daerah Kullu.

Ketua Polis Kullu, Shalini Agnihotri, berkata pihak berkuasa melancarkan gerakan menyelamat dan menghantar mangsa yang cedera ke hospital dan menurutnya, jumlah kematian berkemungkinan meningkat.

Bas berkenaan jatuh berhampiran sungai di dasar gaung dan gambar di media sosial menunjukkan orang ramai beratur panjang membantu memindahkan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 11:21 PM