SULE secara rasmi bergelar suami kepada Nathalie Holscher.
SULE secara rasmi bergelar suami kepada Nathalie Holscher.
Agensi

Jakarta: Pelawak yang juga pengacara popular Indonesia, Sutisna atau Sule, 44, secara rasmi bergelar suami kepada Nathalie Holscher, semalam.

Pasangan itu bernikah di sebuah restoran di Bekasi, Jawa Barat dengan konsep perkahwinan dalam taman.

Nathalie, 28, kelihatan anggun memakai gaun berwarna kelabu. Sementara Sule pula memakai pakaian separuh formal berona sama.

Sule menyerahkan mas kawin berupa sepersalinan kelengkapan solat, barangan perhiasan emas 75 gram, dan wang tunai yang dianggarkan RM600. 

Perkahwinan itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Sule yang ke-44 tahun.

Sule dan Nathalie mula berkenalan sejak 2012 ketika Natalie baru berusia 18 tahun dan menjadi tetamu pada sebuah program televisyen. Namun, hubungan mereka hanya atas hubungan kerja.

Selepas beberapa lama tidak berhubung, Nathalie mengajak Sule untuk bekerjasama di YouTube pada tahun ini sekaligus membuatkan hubungan mereka semakin intim. 

Bahkan Sule turut menjadi saksi ketika Nathalie memeluk agama Islam pada 22 September lalu yang berlangsung di kediaman Sule.

Sempena hari perkahwinan mereka, pasangan itu turut melancarkan single duet berjudul Satu di Hati hasil ciptaan Natalie yang diinpirasikan dari kisah cinta mereka.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isteri, Allahyarham Lina Jubaedah pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat anak dan seorang daripada mereka, Rizky Febian kini dikenali dalam bidang nyanyian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 10:46 AM