ANGGOTA keselematan ke lokasi kejadian di galeri seni Tate Modern semalam. FOTO/AFP
ANGGOTA keselematan ke lokasi kejadian di galeri seni Tate Modern semalam. FOTO/AFP
Agensi

LONDON: Remaja lelaki yang dituduh campak kanak-kanak berusia enam tahun dari tingkat 10 galeri seni Tate Modern semalam, dilaporkan mengalami penyakit mental.

Memetik laporan The Sun, suspek berusia 17 tahun itu menderita skizofrenia dan dipercayai melarikan diri dari penjaganya.

Kebiasaannya, suspek akan ditemani dua penjaga apabila keluar dari pusat penjagaan.

Polis kini menyiasat sama ada suspek meloloskan diri dari pusat berkenaan atau sewaktu bersama penjaga ketika di luar.

Menurut CNN, suspek yang tidak mengenali mangsa lelaki itu kini berdepan pertuduhan percubaan membunuh.

Kanak-kanak malang itu adalah warga Perancis dan bercuti di London bersama keluarganya.

Dia ditemui ditemui di atas bumbung tingkat lima bangunan berkenaan dan dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 3:47 PM