MANGSA dihantar ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan kritikal, namun keadaannya stabil. FOTO: Reuters
MANGSA dihantar ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan kritikal, namun keadaannya stabil. FOTO: Reuters
Reuters

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan kritikal selepas dihumban individu tidak dikenali dari tingkat 10 galeri seni Tate Modern di London tengah, semalam.

Polis dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa berusia enam tahun itu dicampak dari tempat meninjau dan ditemui di atas bumbung tingkat lima bangunan berkenaan.

Mangsa dihantar ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan kritikal, namun keadaannya stabil.

Susulan itu, polis sudah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Suspek didapati masih bersama orang awam selepas kanak-kanak itu terjatuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 3:15 PM