GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Alor Gajah: Lelaki penjaga haiwan berusia 30-an maut dibaham harimau ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dalam kandang haiwan itu, di pusat peranginan di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Pusat peranginan itu dalam satu kenyataannya berkata, mangsa pekerja warganegara Indonesia berpengalaman menjaga haiwan itu selama lapan tahun.

Menurut kenyataan terbabit, mereka tidak dapat mengesahkan punca haiwan itu menyerang penjaganya.

"Kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan segera di lokasi selama dua minit, sebelum penjaga harimau itu dikejarkan ke hospital."

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa yang diberitahu meminta agar nama mangsa dirahsiakan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 11:46 PM