WEBER (gambar kecil) maut dibaham empat harimau jagaannya ketika jalani latihan. FOTO Mail Online
WEBER (gambar kecil) maut dibaham empat harimau jagaannya ketika jalani latihan. FOTO Mail Online
Agensi

ROME: Seorang penjinak harimau yang juga antara paling terkenal di dunia mati dibaham empat haiwan di bawah jagaannya ketika bersiap sedia untuk pertunjukan sarkas di Itali.

Ettore Weber, 61, maut sekitar jam 7.30 malam, Khamis lalu (waktu tempatan) di sarkas paling terkenal Itali, Circo Orfei berhampiran Bari ketika sedang berlatih sejam sebelum pertunjukannya.

Menurut Daily Mail, seekor harimau menerkamnya menyebabkannya jatuh sebelum tiga yang lain membahamnya.

Empat haiwan itu ‘bermain-main’ dengan mayatnya selama 30 minit dengan diperhatikan anggota perubatan yang tidak mampu melakukan apa-apa, lapor La Gazzetta del Mezzogiorno. Rakan Weber juga cuba menghalau haiwan berkenaan tetapi gagal.

Polis kini menyiasat kes itu. Tidak jelas apa nasib empat harimau berkenaan akibat kematian Weber.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 8:30 PM