GAMBAR menunjukkan lelaki itu bersiap sedia untuk terjun ke kandang harimau di bawahnya.
GAMBAR menunjukkan lelaki itu bersiap sedia untuk terjun ke kandang harimau di bawahnya.

Luoyang: Kerana terlalu teruja, seorang pengunjung zoo, di sini terjun dari kerusi kabel untuk memasuki kandang harimau di bawahnya.

Dia bagaimanapun, bernasib baik kerana jatuh di atas jaring perlindungan yang dipasang di atas kandang berkenaan.

Kamera keselamatan menunjukkan haiwan liar di dalam kandang itu berkumpul, seolah-olah menanti masa lelaki itu jatuh untuk membahamnya.

Wang Jianluo, kakitangan zoo di wilayah Henan itu berjaya mengusir harimau berkenaan ke bilik kurungan lain sebelum memanjat dan membantu lelaki itu turun.

Ketika disoal siasat oleh polis, lelaki berusia 40 tahun itu mengaku terjun kerana terlalu teruja apabila melihat harimau di dalam kandang itu.

“Dia mengaku tidak dapat menahan perasaan gembira melihat harimau itu.

“Dia mahu melihatnya dari dekat. Kerana itu dia terjun,” kata seorang jurucakap polis.

Lelaki itu ditahan polis atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 11:22 AM