PENDUDUK Palestin mengangkat hasil laut ke jeti.
PENDUDUK Palestin mengangkat hasil laut ke jeti.
AFP

GAZA: Israel menarik balik larangan yang dikenakan terhadap bot nelayan Palestin untuk ke laut, kata tentera yang menamatkan langkah itu yang dilaksanakan ketika berlaku keganasan awal bulan ini.

AFP melaporkan, langkah pertama itu diambil dalam melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik baru antara tentera dan pejuang Palestin.

“Hari ini, zon tangkapan ikan di Semenanjung Gaza akan dibuka semula sehingga jarak 12 batu nautika.

“Pelaksanaan itu adalah berdasarkan syarat nelayan Semenanjung Gaza sebagai menghormati perjanjian,” kata badan tentera Israel yang bertanggungjawab ke atas wilayah Palestin, COGAT.

Tentera laut Israel sering melepaskan tembakan ke atas bot Gaza kerana dikatakan melebihi had yang dikenakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 9:25 PM