PENDUDUK Palestin menyertai demonstrasi di Gaza, pada Jumaat. FOTO Reuters
PENDUDUK Palestin menyertai demonstrasi di Gaza, pada Jumaat. FOTO Reuters
AFP

Baitulmaqdis: Israel akan menutup satu-satunya laluan dari Semenanjung Gaza untuk pekerja pada Ahad selepas pejuang Palestin melepaskan tiga roket ke arah Israel.

"Berikutan roket yang dilepaskan ke arah wilayah Israel dari Semenanjung Gaza malam tadi, kami putuskan penyeberangan ke Israel untuk pedagang dan pekerja Gaza melalui Lintasan Erez tidak akan dibenarkan pada Ahad dan seterusnya," kata unit kementerian pertahanan yang bertanggungjawab untuk hal ehwal awam Palestin (COGAT) dalam satu kenyataan pada hari ini.

Semalam, dua roket dilepaskan dari Gaza ke selatan Israel dengan satu mengenai negara haram itu dan satu lagi jatuh dan terkena bangunan kediaman di utara Gaza, kata sumber Palestin dan Israel.

Pada awal Sabtu, roket ketiga dilepaskan ke arah Israel, kata tentera, tanpa siren serangan udara diaktifkan untuk mana-mana pelancaran.

Roket itu yang mengikuti serangan sama pada Rabu dan Khamis muncul ketika polis Israel bertempur dengan penunjuk perasaan Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Israel melakukan serangan balas berikutan serangan roket sebelum ini mengalihkan tindak balasnya kali ini kepada penutupan ekonomi dengan menutup Lintasan Erez.

"Pembukaan semula lintasan akan diputuskan mengikut penilaian situasi keselamatan," tambah COGAT dalam kenyataannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 2:56 PM