BILL de Blasio. FOTO Agensi
BILL de Blasio. FOTO Agensi
AFP

NEW YORK: Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengeluarkan arahan mengharamkan iklan arak dari semua harta milik bandaraya itu, semalam atas alasan kesihatan penduduk.

Larangan itu termasuk di perhentian bas, kiosk akhbar dan Wifi, lapor AFP

Ia berkuat kuasa serta-merta untuk iklan baru, namun iklan sedia ada akan kekal sehingga kontrak tamat.

“Ramai penduduk New York berdepan masalah penyalahgunaan bahan tertentu, antaranya ketagih arak,” kata de Blasio dalam satu kenyataan.

Katanya, larangan itu membuktikan komitmen dan pendirian kerajaan untuk menjaga kesihatan penduduk New York.

Kenyataan itu turut menyatakan hampir 2,000 kes kematian pada 2016 berkaitan dengan arak, manakala 110,000 lagi membabitkan rawatan kecemasan.

East Harlem antara kawasan mencatatkan kes ketagihan alkohol paling teruk iaitu lima kali ganda tinggi berbanding Upper East Side.

Kajian pada 2017 mendapati iklan mempromosi arak berpotensi mempengaruhi orang ramai untuk minum arak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2019 @ 1:51 PM