FOTO AFP
FOTO AFP

LIMA: Bekas Presiden Peru, Alan Garcia didakwa meninggalkan sekeping nota bunuh diri mengatakan dia ingin menjaga air muka daripada dimalukan oleh musuh politik sebelum menembak kepalanya sendiri beberapa hari lalu.

Garcia membunuh diri ketika polis tiba untuk menahannya kerana dipercayai mempunyai kaitan menerima rasuah daripada syarikat pembinaan, Odebrecht yang dianggap sebagai kes rasuah terbesar di Amerika Latin.

Sebelum ini, dia pernah beberapa kali menafikan tuduhan itu.

Penyiasat berkata, mereka mempunyai bukti yang cukup untuk menahan bekas presiden itu dan bersedia untuk mendakwanya.

Garcia yang berkeras menafikan pembabitannya menyifatkan siasatan itu hanya bermotifkan politik semata-mata.

“Saya tidak akan dimalukan. Saya sudah melihat orang lain dibawa dengan tangan bergari dan menjalani kehidupan yang teruk tetapi Alan Garcia tidak perlu melalui penderitaan akibat ketidakadilan itu,” katanya dalam nota yang dibacakan oleh bapanya. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 11:51 AM