GEMPA bumi berukuran 6.8 magnitud di kawasan pantai pulau Sulawesi.
GEMPA bumi berukuran 6.8 magnitud di kawasan pantai pulau Sulawesi.
Reuters

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selain menggesa penduduk segera berpindah ke kawasan lebih tinggi, berikutan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud di kawasan pantai pulau Sulawesi, hari ini.

Lebih 3,000 penduduk terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, tengah Sulawesi, pada September tahun lalu.

Agensi geofizik memberi amaran selepas 40 minit gempa bumi dikesan, katanya menerusi Twitter.

“Tiada laporan kerosakan atau kematian susulan gempa bumi itu, yang melanda kawasan 280 kilometer di selatan wilayah Gorontalo pada kedalaman 43 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 10:08 PM