PETUGAS BMKG memantau ketinggan ombak sebelum tsunami. FOTO/AFP
PETUGAS BMKG memantau ketinggan ombak sebelum tsunami. FOTO/AFP
Agensi

JAKARTA: Empat hari selepas gempa bumi 7.4 magnitud melanda Sulawesi Tengah, Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik (BMKG), mempertahankan keputusannya untuk menarik balik amaran tsunami tidak lama selepas ia dikeluarkan.

Apabila gempa kuat menggegarkan kota Palu dan kawasan sekitarnya pada Jumaat lalu, BKMG memberi amaran tsunami bagi kawasan barat dan tengah Sulawesi pada 5.07 petang waktu tempatan.

Amaran itu dikeluarkan lima minit selepas gempa bumi melanda kawasan berkenaan, lapor portal Jakarta Post, hari ini.

BKMG, bagaimanapun, memutuskan untuk menarik balik amaran itu 30 minit kemudian selepas menerima banyak maklumat termasuk daripada petugasnya di Palu.

“Petugas terbabit melaporkan dia melihat petanda tsunami bagi melanda pelabuhan Palu pada 6.27 petang waktu tempatan termasuk sebuah bot yang terkandas.

“Pada masa itu, ketinggian ombak hanya 30 sentimeter,” kata pengerusi BKMG, Dwikorita Karnawati ketika dihubungi.

Bagaimanapun, pakar tsunami dari Institut Tebknologi Bandung (ITB), Hamzah Latief, mempertikai keputusan BMKG untuk menarik balik keputusan menarik balik amaran tsunami selepas ombak mula melanda pantai.

Hamzah berkata, kota Palu terdedah kepada tsunami jika gempa bumi kuat berlaku.

Ini berdasarkan kajiannya mengenai plat tertonik Palu-Koro pada 2012 termasuk simulasi tsunami di Teluk Palu yang mana kota itu boleh dilanda tsunami setinggi satu hingga dua meter.

Dalam simulasi Hamzah, ombak pertama akan melanda kota itu dalam masa 20 hingga 25 minit selepas gempa.

“Terlalu awal untuk amaran tsunami itu ditarik balik kerana tsunami itu melanda daerah Mamuju 50 minit selepas gempa berlaku (di rantau Palu-Koro),” Hamzah said.

Dwikorita terus mempertahankan keputusan BMKG dengan berkata, ia telah menganalisis rakaman tsunami melanda pantai Palu, menunjukkan beberapa restoran dekat pasar raya Granda Mall Palu dihanyutkan ombak.

“Mengikut analisis kami, tiga ombak melanda pantai Palu ketika senja dengan yang ketiga paling tinggi dan menghanyutkan rumah dan kios.

“Ombak itu melanda pantai dalam masa 2.5 minit,” kata Dwikorita dan menambah bahawa amaran tsunami ditarik balik pada 6.37 petang, beberapa minit selepas ombak itu melanda.

Dia juga menolak dakwaan bahawa ombak tsunami terus melanda selepas amaran itu ditarik balik.

“Selepas ombak ketiga melanda, tiada lagi ombak tsunami berlaku,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 2:04 PM