BRENTON TARRANT
BRENTON TARRANT
AFP

SEORANG suspek pengganas yang menyerang dua masjid di sini, bulan lalu, bakal didakwa atas 50 tuduhan membunuh apabila dihadapkan ke mahkamah, minggu ini.

Sebelum ini, warga Australia, Brenton Tarrant didakwa atas satu tuduhan membunuh.

Namun, polis mendedahkan angka kematian dan mangsa yang cedera mungkin menyebabkan tuduhan ke atasnya ditambah.

Tarrant bakal dihadapkan semula ke mahkamah, esok.

“Lelaki yang ditahan kerana terbabit dalam serangan pengganas di Christchurch akan berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cubaan membunuh, apabila dihadapkan semula ke Mahkamah Tinggi di Christchurch pada Jumaat,” kata polis dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 1:02 PM