MUFTI Zeeyad Ravat membaca doa di depan Masjid Al Noor. -Foto AFP
MUFTI Zeeyad Ravat membaca doa di depan Masjid Al Noor. -Foto AFP
Agensi

PROSES bedah siasat terhadap semua 50 jenazah mangsa serangan pengganas di dua masjid di bandar ini pada Jumaat lalu susah selesai, kata polis New Zealand dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, 12 jenazah mangsa sudah dikenal pasti identiti mereka dan enam jenazah sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Beberapa jenazah lagi dijangka diserahkan kepada keluarga esok untuk proses pengebumian.

“Proses pengecaman jenazah mungkin kelihatan mudah tetapi realitinya ia lebih kompleks terutama dalam situasi seperti ini. Keutamaan kami untuk melakukan dengan betul bagi memastikan tiada kesilapan berlaku,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, suspek pengganas, Brenton Tarrant, 28, melepaskan tembakan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di sini menyebabkan 50 maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Tarrant yang berasal dari Australia ditangkap polis ketika dalam perjalanan untuk menyerang masjid ketiga dan kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 9:07 PM