NARENDRA ikrar memberi ‘balasan kuat’ terhadap serangan bom. FOTO/AGENSI
NARENDRA ikrar memberi ‘balasan kuat’ terhadap serangan bom. FOTO/AGENSI
Reuters

New Delhi: Perdana Menteri India, Narendra Modi, berikrar memberi ‘balasan kuat’ terhadap serangan bom menyebabkan 44 polis separa tentera India terbunuh di Kashmir, dengan menyalahkan Pakistan terhadap kejadian itu.

Serangan terhadap konvoi tentera di Jammu dan Kashmir itu adalah yang terburuk sejak India memerangi pemberontakan di wilayah terbabit.

“Kita akan memberi jawapan yang tegas, kita tidak boleh membiarkan jiran kita membawa huru-hara,” kata Modi di sini, semalam.

Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan dengan penasihatnya bagi membincangkan tindakan balas terhadap serangan yang mencetuskan kemarahan di media sosial dan menuntut dibalas.

Kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang beroperasi di Pakistan mengaku bertanggungjawab tidak lama selepas penyerang nekad merempuh kereta yang sarat dengan bom terhadap bas membawa Pasukan Simpanan Polis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 9:19 PM