TENTERA India menjaga keselamatan setelah berlakunya pengeboman di Kasmir. FOTO EPA
TENTERA India menjaga keselamatan setelah berlakunya pengeboman di Kasmir. FOTO EPA
Reuters

SRINAGAR: Ratusan pasukan keselamatan India hari ini diarah untuk memburu ketua kumpulan militan Kashmir berpangkalan di Pakistan dipercayai dalang pengeboman kereta konvoi keselamatan India yang membunuh 44 polis separa tentera.

Militan Jaish didakwa bertanggungjawab terhadap serangan dahsyat ke atas pasukan keselamatan India selama beberapa dekad, mengakibatkan ketegangan antara India dan Pakistan.

India mendesak Pakistan agar menutup Jaish dan kumpulan militan Islam lain yang beroperasi di negaranya. Islamabad menolak cadangan yang dikaitkan dengan serangan itu.

Di Kashmir, pegawai tentera dan polis India mencari komander Jaish, Mohammed Umair di rantau ini yang dipercayai merancang serangan itu.

Umair dipercayai masuk ke Kashmir, India dari Pakistan pada September lalu untuk mengetuai militan Jaish di rantau ini.

Pasukan keselamatan mengesyaki dia bersembunyi di selatan Kashmir, kata pegawai polis kepada Reuters.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 8:55 PM