Taufan Trami dilihat menerusi Stesen Angkasa Antarabangsa menuju ke selatan Jepun. FOTO Reuters/ESA NASA
Taufan Trami dilihat menerusi Stesen Angkasa Antarabangsa menuju ke selatan Jepun. FOTO Reuters/ESA NASA
AFP

TOKYO: Agensi meteorologi Jepun hari ini, melaporkan taufan Trami yang bergerak pada kelajuan maksimum 162 kilometer sejam bakal melanda negara itu, esok.

Jurucakap agensi itu, Sakiko Nishioka, berkata taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat itu dijangka melanda bahagian selatan Jepun khususnya Okinawa dan Amami.

“Menurut ramalan taufan itu sedang bergerak menuju Jepun, jadi kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati,” kata Nishioka kepada AFP.

Sementara itu, agensi itu dalam satu kenyataan berkata: “Orang ramai perlu berhati-hati terhadap kehadiran angin kencang, ombak kuat dan hujan lebat”.

Taufan Trami turut dijangka melanda bahagian barat Jepun pada Ahad.

Dalam pada itu, dua syarikat penerbangan Jepun, JAL dan ANA sudah membatalkan lebih 100 penerbangan ke kedua-dua pulau itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 @ 2:58 PM