GAMBAR anaknya yang dimuat naik ke Facebook oleh Star. -Foto Agensi
GAMBAR anaknya yang dimuat naik ke Facebook oleh Star. -Foto Agensi
Agensi

TEXAS (Amerika Syarikat): Seorang ibu memaksa anaknya memakai kemeja T tertulis ‘saya pembuli’ ke sekolah selepas guru sekolah memberitahu budak itu menggelar rakan sekelasnya ‘bodoh.’

Daily Mail melaporkan, wanita cuma dikenali sebagai Star itu berkata dia percaya pada kaedah pembesaran lama dan mahu mengajar anaknya berusia 11 tahun itu.

Dia kemudian memuat naik gambar ke Facebook menunjukkan anaknya memakai kemeja T berkenaan, namun terpaksa diturunkan selepas dituduh ‘kejam’ oleh netizen.

Dia memberitahu KTRK, anaknya kini lebih bersikap baik.

“Saya bertanya apa dia belajar daripada pengalaman itu. Dia berkata, ia menimbulkan rasa tidak senang dalam dirinya menyebabkannya turut tidak mahu sesiapa rasa tidak senang kerana perbuatannya.

“Memang itulah pengajaran yang saya mahukan untuknya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 10:11 PM