DUTERTE ketika melawat mangsa Taufan Mangkhut.
DUTERTE ketika melawat mangsa Taufan Mangkhut.
Reuters

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengulangi gesaannya semalam untuk menutup semua lombong di negara itu susulan insiden tanah runtuh, beberapa jam selepas menterinya menghentikan semua perlombongan skala kecil di rantau pergunungan kaya emas.

“Jika saya melakukannya dengan cara saya, saya akan menutup semua lombong di Filipina,” katanya mempengerusikan mesyuarat pasukan tindak balas bencana kerajaan disiarkan di televisyen, dua hari selepas serangan Taufan Mangkhut.

Duterte sering mengkritik industri perlombongan, mengatakan kerosakan alam sekitar jauh mengatasi sebarang manfaat terhadap ekonomi.

Ulasan terbaharunya susulan arahan terdahulu Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli, Roy Cimatu untuk menghentikan semua perlombongan skala kecil di rantau Cordillera, di mana kejadian tanah runtuh mengorbankan 24 orang.

“Kita berdepan masalah dengan industri perlombongan. Ia tidak memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara,” kata Duterte.

Tidak lama selepas mengambil alih jawatan pada 2016, beliau memberi amaran kepada semua pelombong supaya mengetatkan peraturan alam sekitar atau menutupnya, mengatakan negara itu boleh terus bertahan tanpa industri perlombongan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 6:53 PM