keadaan bas yang terbalik ke dalam gaung di wilayah Punjab Pakistan, malam tadi. - Foto ANI/Twitter
keadaan bas yang terbalik ke dalam gaung di wilayah Punjab Pakistan, malam tadi. - Foto ANI/Twitter
AFP

SEKURANG-KURANGNYA 26 jemaah satu kumpulan tabligh terbunuh, 46 lagi cedera selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di perkampungan daerah Attock, wilayah Punjab, Pakistan, malam tadi.

Kemalangan di perkampungan Dhok Pathan, 115 kilometer dari Islamabad, berlaku ketika bas berkenaan membawa jemaah Tabligh Jamaat itu dalam perjalanan dari Kohat ke Raiwind, dekat Lahore, untuk perhimpunan tahunan.

Pegawai polis tempatan, Fazal Abbas, berkata bas berkenaan terbabas di satu selekoh sebelum menjunam ke dalam gaung.

Menurutnya, sebahagian besar yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital, namun 10 mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital di Rawalpindi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 5:03 PM