FOTO ARKIB NSTP
FOTO ARKIB NSTP
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: EZ Qurban Sdn Bhd (EZ Qurban), terus mengorak langkah apabila berjaya tersenarai dalam kalangan 500 jenama dipercayai pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin berkata, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menyenaraikan EZ Qurban sebagai salah satu pemenang Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award.

Katanya, dengan slogan anugerah iaitu Stands out among the best in business, ia adalah antara penghargaan tertinggi pernah diterima sepanjang 15 tahun EZ Qurban beroperasi.

"Ketelusan adalah teras terpenting EZ Qurban dalam memberikan servis terbaik kepada pelanggan kami.

"Kami sudah buktikan apabila diiktiraf menjadi salah satu daripada 500 jenama yang dipercayai pengguna di Malaysia dan lebih manis, anugerah ini menyusul tidak lama selepas EZ Qurban menjadi organisasi korban dan akikah pertama yang diiktiraf patuh syariah MS1900:2014 April lalu.

"Untuk rekod, penyertaan ibadah korban di EZ Qurban masih dibuka sehingga 11 Julai ini," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar korban boleh melayari www.ezqurban.org atau menghubungi talian bebas tol 1-800-885-885.

Sehingga hari ini, EZ Qurban sudah melebarkan manfaat korban dan akikah ke 38 negara termasuk negara bergolak, minoriti Islam dan kem pelarian antarabangsa.

Antaranya, India, Bangladesh, Sri Lanka, Uganda, Chad, Kenya dan Burkina Faso.

Sementara itu, harga ibadah korban di EZ Qurban bagi Korban Luar Negara (RM320 untuk satu bahagian atau RM580 untuk seekor kambing), manakala Korban Malaysia (RM750 untuk satu bahagian, atau RM1,199 untuk seekor kambing).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2022 @ 2:21 PM