Wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim (kanan) bersama delegeasi EZ Qurban ke Ouagadougou dan Chad di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. FOTO ASYRAF HAMZAH
Wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim (kanan) bersama delegeasi EZ Qurban ke Ouagadougou dan Chad di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. FOTO ASYRAF HAMZAH
Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Bagi memastikan pengurusan korban sempena Aidiladha di luar negara berjalan lancar, petugas EZ Qurban Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Burkina Faso, hari ini.

Ketua Delegasi Sulaiman Arsad berkata, pihaknya dijadualkan sampai ke Ouagadougou, pada jam 2 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Malaysia) sebelum bergerak ke lokasi ibadah berkenaan akan dilaksanakan.

"Kita sampai Ouagadougou pada petang raya pertama. Di Burkina Faso umat Islam sambut Aidiladha pada 9 Julai.

"Kita sebagai petugas EZ Qurban akan turun ke lokasi untuk pantau dan pastikan urusan korban mengikut prosuledur operasi standard (sop) ditetapkan. Paling penting amanah peserta dilaksanakan dengan sempurna dan ia tentunya dilakukan hasil bantuan wakil kita yang juga rakyat negara berkenaan," katanya ketika ditemui sebelum berlepas di KLIA, di sini, sebentar tadi.

Ditanya berapa jumlah korban akan dilakukan di Burkina Faso sahaja, katanya sebanyak 114 ekor lembu akan dikorbankan sepanjang tiga hari berkenaan.

Wartawan Harian Metro dan jurugambar Asyraf Hamzah turut menyertai misi ke negara berkenaan.

Untuk rekod, dua pasukan dari EZ Qurban juga sudah berlepas ke Uganda dan Kyrgyzstan semalam manakala dua lagi pasukan dijadualkan berlepas ke Chad dan India malam ini.

Pelaksanaan ibadah korban bersama EZ Qurban di dalam negara boleh dilakukan dengan harga sebanyak RM750 untuk satu bahagian lembu dan RM1,199 untuk seekor kambing manakala ibadah korban di luar negara bermula pula pada harga RM320 untuk satu bahagian lembu dan RM580 bagi seekor kambing.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi EZ Qurban di talian bebas tol 1-800-885-885 atau boleh kunjungi laman web di www.ezqurban.org.

Penyertaan untuk korban luar negara akan dibuka sehingga 11 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 4:57 PM