Pengasas EZ Qurban, Azhar Ab Shukur bersama CEO AWARIS Prof Adj Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz menandatangani perjanjian persetujuan.
Pengasas EZ Qurban, Azhar Ab Shukur bersama CEO AWARIS Prof Adj Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz menandatangani perjanjian persetujuan.
Mohd Firdaus Ibrahim


Kuala Lumpur: Bagi memastikan EZ Qurban Sdn Bhd sentiasa menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia biarpun semakin banyak agensi tawarkan perkhidmatan sama, pelopor ibadah korban dan akikah dalam serta luar negara itu kini mengubah langkah.

Malah, EZ Qurban menjadi agensi pertama di Malaysia yang menerima Sijil Perkhidmatan Korban & Akikah Patuh Syariah MS ISO 1900:2014.

Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban Ahmad Fadzlullah Bin Hasanuddin berkata, pengiktirafan itu diterima pihaknya pada 15 April lalu.

"Selain itu, EZ Qurban juga menerima Sijil Amanah Warisan Berhad (AWARIS) bagi memastikan ketelusan proses transaksi peserta akikah dan korban," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sijil pengesahan daripada AWARIS membuktikan setiap transaksi adalah bersih.

"Saya sendiri pernah menerima persoalan tentang ketulusan menguruskan ibadah akikah dan korban. Jadi, sijil pengesahan daripada AWARIS membuktikan perkara ini," katanya.

Sijil Pengesahan AWARIS.
Sijil Pengesahan AWARIS.

Memperincikan prosesnya, Ahmad Fadzlullah berkata, setiap bayaran yang dimasukkan ke dalam EZ Qurban akan dipindah masuk ke dalam akaun "trustee" yang pantau oleh AWARIS Berhad.

"Sekiranya kami ingin melaksanakan ibadah korban atau akikah peserta seperti membeli haiwan, kami perlu pastikan jumlah yang dikeluarkan sama seperti resit yang mereka terima.

"Apa yang saya inginkan adalah supaya EZ Qurban semakin telus di masa hadapan. Insya-Allah, kami akan menggunakan sistem 'blockchain' di mana gerak kerja kami akan sentiasa direkodkan. Jika para peserta inginkan maklumat lanjut tentang haiwan korban mereka, mereka hanya perlu imbas kod yang diberikan"

"Mungkin suatu hari nanti, info (maklumat) sampel darah haiwan akikah dan korban juga dapat diakses peserta korban dan akikah," katanya.

Untuk rekod, EZ Qurban yang melaksanakan akikah dan korban sejak 2007 sudah melebarkan sayap ke 37 selain ibadah korban di Malaysia.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-885-885 atau layari https://www.ezqurban.org/.

Pengurusan Tertinggi EZ Qurban bersama AWARIS. (Dari kiri atas), Hafeez Firdaus, Ahmad Fadzlullah, Nor’adzimah Hassanuddin dan (kiri bawah) Azhar dan CEO AWARIS, Ahmad Saruji.
Pengurusan Tertinggi EZ Qurban bersama AWARIS. (Dari kiri atas), Hafeez Firdaus, Ahmad Fadzlullah, Nor’adzimah Hassanuddin dan (kiri bawah) Azhar dan CEO AWARIS, Ahmad Saruji.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 3:34 PM