PERODUA Bezza Limited Edition. FOTO Asyraf Hamzah
PERODUA Bezza Limited Edition. FOTO Asyraf Hamzah
Sofyan Rizal Ishak


RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan Perodua Bezza menjadi sedan bawah 1.0 liter baharu terlaris di Sri Lanka hanya dalam tempoh dua tahun selepas ia dijual di negara terbabit.

Setakat tujuh bulan pertama 2019, model kenderaan itu menduduki tempat teratas dalam kategori bawah 1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu sama ada sedan atau hatchback.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus memberi sokongan kepada barisan pengedarnya di luar Malaysia selari dengan hasrat mereka untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises iaitu Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama Perodua yang telah membawa kepada pencapaian di Sri Lanka ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 6:45 AM