Lizam Ridzuan


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model terbaharu Bezza 2020 dengan ciri baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model Bezza menjadi antara yang terlaris dalam barisan kenderaan yang ditawarkan Perodua.

“Sejak dilancarkan pada 2016, Perodua Bezza yang juga sedan pertama untuk jenama Perodua dan model sedan pertama di negara ini menerima penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) sudah terjual melebihi 180,000 unit.

MAJLIS Pelancaran Perodua Bezza 2020 di Sentul Depot. FOTO Aswadi Alias
MAJLIS Pelancaran Perodua Bezza 2020 di Sentul Depot. FOTO Aswadi Alias

“Antara pembaharuan yang diperkenalkan bagi edisi 2020 ini adalah dua warna baharu iaitu Garnet Red (1.3 liter) dan Granite Grey selain sistem Bantuan Pemanduan Selamat 2.0 (ASA 2.0),” katanya selepas pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk pasaran Malaysia Perodua Bezza 2020 ditawarkan dengan empat varian pada harga bermula RM34,580.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 5:44 PM