FOTO Erywan Norshal
FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Rawang: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan harga bagi model Perodua Bezza, di sini, hari ini.

Kenderaan sedan pertama Perodua itu ditawarkan tiga varian iaitu 1.0 liter (Standard G), 1.3 liter (Premium X) dan model tertinggi, 1.3 liter (Advance).

Ketiga-tiga varian itu didatangkan transmisi automatik empat kelajuan serta manual lima kelajuan.

Perodua turut menawarkan aksesori GearUp membabitkan kit badan, sarung kerusi dan panel pintu eksklusif menerusi Pakej Dynamic serta Stylish dijual antara RM2,265 sehingga RM2,600.

Pada masa sama, varian 1.3 liter dilengkapi ciri keselamatan terbaik selepas menerima pengiktirafan ASEAN NCAP 5-bintang.

Kereta itu boleh ditempah bermula hari ini di pusat pengedar Perodua berhampiran.

Harga Perodua Bezza mengikut varian:

1.0 liter Standard G

*RM37,300 (manual)

*RM39,300 (automatik)

1.3 liter Premium X

*RM42,800 (manual)

*RM44,800 (automatik)

1.3 liter Advance

*RM50,800 (automatik)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 12:55 PM