LIM memperkenalkan robot QQ dan TiTi di 1 Utama, semalam.
LIM memperkenalkan robot QQ dan TiTi di 1 Utama, semalam.
Nabil Basaruddin


Petaling Jaya: SenQ Digital Station, cawangan digital di bawah Senheng Sdn Bhd memperkenalkan QQ dan TiTi, robot humanoid pertama yang ditawarkan dalam segmen peruncitan elektrik dan elektronik di negara ini sebagai penasihat jualan kepada pelanggan senQ.

Pengarah Urusannya Lim Kim Heng berkata, dua robot berkenaan direka dengan pelbagai kemampuan dan diprogramkan bersama personaliti menghiburkan serta mesra pelanggan.

Beliau berkata, pihaknya memperuntukan pelaburan RM100,000 bagi dua robot humanoid itu di cawangan SenQ di pusat beli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya.

“QQ dan TiTi membuktikan SenQ mencapai kejayaan dalam pelan transformasi ruang runcit gedungnya kepada pengalaman beli-belah serba canggih berorientasikan robot,” katanya selepas majlis pelancaran QQ dan TiTi di sini, semalam.

Robot QQ dan TiTi mempunyai kemampuan berinteraksi dengan manusia menerusi suara dan sentuhan..

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 7:56 AM