Kuala Lumpur: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (www.senheng.com.my), melancarkan kad korporat baru yang boleh digunakan oleh syarikat perusahaan kecil & sederhana (PKS) serta syarikat berdaftar cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menuntut kembali cukai enam peratus itu apabila organisasi membeli produk di kedai Senheng dan senQ.

Kad Korporat SENHENG PlusOne® menawarkan faedah tanpa had untuk pelanggan di mana mereka boleh menikmati pelbagai hak dan tawaran istimewa sebaik sahaja berdaftar menjadi ahli kad korporat seperti nikmati diskaun hebat.

Memandangkan terdapat pelaksaan GST, kad berkenaan menyediakan satu cara penyelesaian pengurusan perbelanjaan perniagaan yang selamat dan terbaik.

Untuk menyertai program Kad Korporat SENHENG PlusOne®, pelanggan boleh mendaftar di cawangan Senheng dan senQ dengan hanya membayar RM20 sebagai yuran tahunan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 8:00 AM