VERSTAPPEN meraikan kejayaan selepas muncul juara di Grand Prix Belgium. FOTO AFP
VERSTAPPEN meraikan kejayaan selepas muncul juara di Grand Prix Belgium. FOTO AFP
AFP

Spa Francorchamps: Max Verstappen dari Red Bull melebarkan kedudukannya dalam kejuaraan dunia Formula Satu dengan kemenangan yang memberangsangkan dI Grand Prix Belgium sebentar tadi.

Verstappen bermula di petak ke-14 tetapi mengharungi perlumbana dengan cemerlang untuk meraih kemenangan di hadapan rakan sepasukannya Sergio Perez, manakala pemandu Ferrari, Carlos Sainz, yang bermula di petak pertama, di tempat ketiga.

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton terkeluar pada pusingan pembukaan selepas jentera Mercedes yang dipandunya berlanggar dengan kereta Fernando Alonso dari pasukan Alpine.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 10:55 PM