PETERHANSEL (kanan) bersama Boulanger meraikan kemenangan muncul juara keseluruhan Rali Dakar 2021. FOTO AFP
PETERHANSEL (kanan) bersama Boulanger meraikan kemenangan muncul juara keseluruhan Rali Dakar 2021. FOTO AFP
AFP

Jeddah: Pelumba Perancis, Stephane Peterhansel muncul juara Rali Dakar buat kali ke-14, selepas 30 tahun membabitkan dalam perlumbaan penuh mencabar dalam kalendar sukan pemotoran.

Peterhansel, atau nama gelarannya, 'Mr Dakar' sekarang sudah meraih lapan kejuaraan kategori kereta, selepas sebelum ini gah dengan enam kemenangan bagi saingan motosikal.

Pelumba berusia 55 tahun yang menggunakan jentera Mini itu bersama juruarah, Edouard Boulanger, menamatkan saingan mengatasi wakil Qatar, Nasser al Attiyah (Toyota), manakal Carlos Sainz dari Sepanyol melengkapkan satu lagi kemenangan podium buat Mini.

Kejayaan Peterhansel hadir selepas berita mengenai kematian pelumba motosikal Perancis, Pierre Cherpin yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam perlumbaan, menjadikannya sebagai korban tunggal tahun ini.

Pelumba Argentina, Kevin Benavides meraih kejuaraan kategori motosikal, mengetepikan penyandang juara dari Amerika Syarikat, Ricky Brabec.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 9:58 PM