SAINZ dan pembantunya  Lucas Cruz meraikan kemenangan mereka. FOTO Reuters
SAINZ dan pembantunya Lucas Cruz meraikan kemenangan mereka. FOTO Reuters
AFP

Yanbu, Arab Saudi: Pelumba veteran Sepanyol Carlos Sainz muncul juara Rali Dakar kali keempat hari ini sekali gus juara tertua memenanginya pada usia 61 tahun.

Juara dua kali rali dunia itu disahkan pemenang selepas pencabar terdekat Sebastien Loeb terkandas lebih sejam di padang pasir pada saingan peringkat terakhir.

Sebelum itu, jaguh Amerika Syarikat Ricky Brabec menguasai kategori motosikal untuk kali kedua.

Pelumba Honda berusia 32 tahun itu mengekalkan kelebihan 10 minit 53 saat ke atas pelumba Botswana Ross Branch manakala Adrien van Beveren, 33, dari Perancis meraih kedudukan podium pertamanya dengan meraih tempat ketiga.

Brabec mencipta sejarah pada 2020 apabila muncul pelumba pertama Amerika Syarikat menjuarai kejohanan itu dan memenanginya kali kedua tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 6:51 PM