VAN Beveren pamer kehebatan dalam laluan mencabar. FOTO AFP
VAN Beveren pamer kehebatan dalam laluan mencabar. FOTO AFP
AFP

Al Ula: Pelumba motosikal Perancis, Adrien Van Beveren meraih kemenangan kedua pada Rali Dakar tahun ini, selepas mencatatkan masa terpantas di peringkat kesembilan antara Hail dan Al Ula di Arab Saudi.

Van Beveren melengkapkan jarak 400 kilometer (km) peringkat khas, bukit pasir, navigasi rumit, trek berbatu dan berpasir dalam masa 4 jam 36 minit 36 saat, hanya 42 saat (s) di hadapan rakan sepasukan dari Honda, Ricky Brabec yang mengekalkan pendahulu keseluruhan.

Pelumba Amerika Syarikat itu menamatkan saingan dengan kuat dan melebarkan jurang dengan Ross Branch (Hero), yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan, kepada 7:9s.

Van Beveren menunggang di hadapan untuk kebanyakan saingan bagi memperoleh bonus yang menaikkannya ke tempat ketiga keseluruhan, 11:16s di belakang Brabec.

Perlumbaan lebih rumit bagi pelumba Chile, Ignacio Cornejo (Honda), yang menamatkan perlumbaan 10:07s di belakang Van Beveren dan jatuh ke tempat keempat keseluruhan, 13:46s di luar pendahulu.

Pada peringkat ke-10 esok, para pelumba perlu mengharungi laluan sejauh 371km yang terletaknya batu monumental menakjubkan di wilayah Al Ula.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 8:55 PM