ANTARA aksi skuad ragbi negara bertemu UAE. FOTO MALAYSIA RUGBY
ANTARA aksi skuad ragbi negara bertemu UAE. FOTO MALAYSIA RUGBY
BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengakhiri kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 dengan kekalahan 19-62 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan perlawanan Divisyen Premier di Stadium Sevens, Ud al-Bayda, Dubai semalam.

Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kehebatan UAE apabila ketinggalan 28 mata setelah lawan menguasai perlawanan separuh masa pertama dengan 40-12.

Separuh masa kedua, Malaysia melakukan try menerusi Henry Christian Preston pada minit ke-45 disusuli conversion Lee Chapman dalam cubaan bangkit mengejar mata, namun ia tidak memadai selepas UAE melakukan empat try serta satu conversion untuk memastikan kemenangan.

Keputusan dilakar itu menyaksikan Skuad Bunga Raya menamatkan perlawanan kelima dengan kedudukan tercorot Pool A tanpa mengumpul sebarang mata sekali gus terpaksa bermain bagi saingan ARC Divisyen Satu tahun hadapan.

Pada perlawanan sebelum ini, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 5-55 oleh Korea Selatan sebelum turut tewas 6-70 kepada juara bertahan Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 4:49 PM