VAN der Poel tiba di garisan penamat bersendirian. FOTO AFP
VAN der Poel tiba di garisan penamat bersendirian. FOTO AFP
AFP

Harelbeke: Juara dunia, Mathieu van der Poel mematahkan usaha pesaing utama, Wout van Aert untuk merebut gelaran E3 Saxo kali ketiga berturut-turut ketika dia merangkul kejuaraan klasik berbasikal yang pertama.

Van der Poel mula menjarakkan diri ketika Van Aert berada di atas permukaan jalan akibat terjatuh, tetapi henjutan solonya sejauh 40 kilometer (km) untuk ke garisan penamat bagaikan satu amaran untuk saingan musim baharu.

Pelumba Belanda berusia 29 tahun itu melintasi garisan di Harelbeke dengan berdiri di atas pedal dan melakukan tabik tentera.

Dia berada 1 minit 31 saat (s) di hadapan Jasper Stuyven di tempat kedua, manakala Van Aert berada di tempat ketiga.

Pemenang musim lalu kejohanan dunia di Glasgow, Milan-San Remo dan Paris-Roubaix, Van der Poel membuktikan dirinya sebagai pelumba yang perlu diberi perhatian dalam perlumbaan sehari yang besar.

Tim Wellens, yang menduduki tempat keempat memuji kemampuan Van der Poel.

"Ia adalah perlumbaan yang sangat sukar. Pada masa sama Van der Poel mara ke hujung perlumbaan berseorangan, kita semua tahu dia adalah yang paling kuat, anda boleh melihatnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2024 @ 1:49 PM