LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini disahkan dihantar oleh penghantar surat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rakaman kamera litar tertutup (cctv) di kondominium berkenaan mengesahkan surat berkenaan dihantar individu berkenaan.

"Cap jari yang ditemui juga tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat.

"Setakat ini polis sudah merakam empat percakapan termasuk pengadu (Teresa Kok)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan juga mendapati mangsa tidak pernah menerima sebarang ugutan lain sebelum ini.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 6:51 PM