EDISI Eco Trail Putrajaya sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. FOTO ECO TRAIL PUTRAJAYA
EDISI Eco Trail Putrajaya sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. FOTO ECO TRAIL PUTRAJAYA
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Eco Trail Putrajaya edisi ketiga bakal menemui peminat sukan lasak yang bakal diadakan pada 27 Julai membabitkan beberapa Kawasan ikonik wilayah berkenaan.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu 80 kilometer (km), 50km, 30km, dan 10km dan larian ini memberi peluang kepada peserta dari pelbagai tahap kecergasan untuk mengambil bahagian.

Eco Trail Putrajaya menggabungkan elemen urban dan alam semula jadi dengan laluan yang melalui tempat-tempat ikonik seperti Taman Botanik, Masjid Putrajaya, Jabatan Putrajaya, Tasik, dan banyak lagi.

Selain itu, laluan-laluan yang disusun secara khusus ini juga memberikan peserta peluang untuk meneroka keunikan Putrajaya melalui sudut pandang yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Sebagai 'permata tersembunyi', laluan-laluan ini menawarkan pengalaman yang eksklusif dan membolehkan peserta menikmati keindahan kawasan-kawasan terpencil yang jarang dilalui oleh orang awam.

Ia adalah peluang yang sangat berharga bagi sesiapa yang ingin mengeksplorasi sisi tersembunyi dan menarik di Putrajaya.

Pada tahun 2023, Eco Trail Putrajaya berjaya mengumpulkan seramai 2,500 orang peserta dari pelbagai negara.

Sambutan dari pelari antarabangsa adalah salah satu kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan turut membabitkan Perbadanan Putrajaya bagi merealisasikan acara ini.

'Eco Trail' popular di Eropah sejak tahun 2007 dan bermula di Paris dibuka di beberapa negara Eropah seperti Jerman, Sweden, Norway, Portugal, dan lain-lain.

Untuk penyertaan sila layari, platform ticket di Ticket2u.com , Ecotrail Putrajaya 2024 atau klik link http://t2u.asia/e/35101

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 7:32 PM