Pemenang pingat emas acara 50 m gaya bebas lelaki dari Ukraine  Vladyslav Bukhov (tengah)
Pemenang pingat emas acara 50 m gaya bebas lelaki dari Ukraine Vladyslav Bukhov (tengah)
Reuters

Doha: Perenang Ukraine Vladyslav Bukhov mencipta kejutan apabila meraih gelaran juara dunia pertamanya sambil mengatakan bahawa Rusia sepatutnya secara kekal untuk terus tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik di Paris.

Bukhov berusia 21 tahun berjaya menumpaskan juara dunia sebelum ini untuk memenangi acara 50 meter (m) gaya bebas lelaki.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja keras selain turut menjelaskan bahawa perlu melakukan persediaan yang sukar untuk memenangi acara itu.

"Ia sukar, sangat sukar. Kami berlatih sementara roket Russia terbang mengelilingi kolam renang. Anda tidak pernah tahu sama ada anda akan terus hidup atau tidak. Ia sukar. Untuk semua rakyat Ukraine."

Apabila ditanya sama peserta Russia patut bersaing dalam Olimpik Paris dalam lima bulan lagi, dia berkata: "Mutlaknya tidak."

"Saya mahu katakan bahawa Russia adalah bahaya dan tidak patut disokong dalam pertandingan."

Bukhov bermula agak perlahan pada saingan acara terbabit namun dia mampu beraksi cemerlang meraih tempat pertama sekali gus menumpaskan juara bertahan dari Australia, Cameron McEvoy.

Sementara itu, ratu renang dari Sweden Sarah Sjostrom, meraih gelaran dunia ke-13 selepas dia mengakhiri saingan 50m kuak kupu-kupu wanita.

Sarah yang meraih gelaran dunia pertamanya pada tahun 2009 di Rome, memenangi acara itu menerusi catatan masa 24.63 saat, mengakhiri dengan kelebihan 0.81 saat berbanding perenang Perancis Melanie Henique manakala Farida Osman dari Mesir menduduki tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 11:00 AM