MAGGIE catat 55.59s.
MAGGIE catat 55.59s.
AFP

Tokyo: Perenang Kanada, Maggie MacNeil memenangi pingat emas acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita dengan mencatat masa ketiga terpantas dalam sejarah untuk mengatasi juara bertahan dari Sweden yang juga pemegang rekod dunia, Sarah Sjostrom.

Maggie mempamerkan renangan bertenaga menuju 50m terakhir dengan catatan 55.59s bagi menewaskan perenang China, Zhang Yufei (55.64s) dan wakil Australia, Emma McKeon (55.72s) di tempat ketiga manakala Sarah ketujuh.

"Saya sebenarnya hilang kata-kata, sukar saya percayai,'' kata Maggie, juara dunia yang kini meraih emas pertamanya.

"Saya tak nampak sesiapa. Saya di lorong luar yang saya fikir memberikan saya kelebihan. Saya dapat fokus perlumbaan daripada melihat perenang lain."

Zhang mendahului pada tengah perlumbaan, diikuti perenang Amerika Syarikat, Torri Huske sebelum dipintas Maggie.

Sarah yang mengalami kecederaan siku awal tahun ini dan berkata kuak kupu-kupu bukan keutamaanya di Tokyo memegang rekod dunia 55.48s yang dicipta di Olimpik Rio.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 10:41 AM