SUMMER membuktikan kehebatannya di Kejohanan Dunia selepas menambah emas kedua dalam acara 400m rampaian wanita. FOTO EPA
SUMMER membuktikan kehebatannya di Kejohanan Dunia selepas menambah emas kedua dalam acara 400m rampaian wanita. FOTO EPA
AFP

Budapest: Sarah Sjostrom, yang meraih gelaran dunia pertama sejak 13 tahun dan Summer McIntosh, melakukan perkara sama empat hari lalu, kedua-duanya sekarang berjaya menambah emas kedua di Kejohanan Dunia di Budapest.

Sarah, perenang berusia 28 tahun dari Sweden yang meraih emas dalam acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita 24 jam sebelum itu, menambah emas kedua bagi saingan 50m gaya bebas iaitu untuk emas ke-10 di kejohanan dunia.

Summer, perenang Kanada berusia 15 tahun, berjaya mengetepikan wakil Amerika Syarikat (AS), Katie Grimes untuk memenangi saingan 400m rampaian wanita.

Dia sebelum itu meraih emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu, untuk pingat keempatnya di Budapest dengan catatatn 4 minit 32.04 saat (s).

Katie ketinggalan 0.63s di belakang, manakala seorang lagi perenang AS, Emma Weyant, menduduki tempat ketiga.

"Saya cuba untuk memaksa badan saya agar dapat beraksi sepantas mungkin. Peminat memberikan saya tenaga tambahan. Saya merasakan badan saya berada di tahap terbaik ketika kuak lentang.

"Katie adalah pencabar yang hebat, saya sangat seronok dapat berentap dengannya tatkala kami dari kumpulan umur yang sama," kata Summer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 2:10 PM