ANAK belajar mengawal diri atau membuat pilihan.
ANAK belajar mengawal diri atau membuat pilihan.
Nurul Husna Mahmud


Ibu bapa gemar mendandan anak mengikut cita rasa mereka sendiri. Ada kalanya mengabaikan pandangan anak itu sendiri.

Bagi ibu bapa terbabit, usia kanak-kanak masih terlalu mentah untuk membuat keputusan sendiri termasuk mengenakan pakaian sesuai selain mahu anak tampil mengikut apa yang mereka sukai.

Tapi tahukah anda, jika ibu bapa membenarkan anak memilih pakaian sendiri, ada kesan positif dalam perkembangan diri anak mereka.

Walaupun tindakan itu tampak kecil, tetapi dengan memberi anak ruang memilih pakaian, kesan mendalam terhadap perkembangan diri terutama psikologi mereka.

Berikut antara kebaikan apabila ibu bapa membenarkan anak memilih pakaian mereka sendiri:

ANAK dibiarkan memilih baju lebih yakin.
ANAK dibiarkan memilih baju lebih yakin.

1) Meningkatkan harga diri anak

Membina identiti diri atau jati diri sewajarnya bermula pada awal usia.

Oleh itu, membenarkan anak memilih apa yang hendak dipakai memberi mereka kebebasan memilih pakaian sesuai dengan identiti dan ini membantu meningkatkan harga diri.

Kanak-kanak yang sudah terbiasa memilih pakaian sendiri pada usia muda dapat mencari identiti dengan lebih mudah walaupun mereka melalui peringkat remaja yang sukar.

2) Menggalakkan ekspresi diri

Membenarkan kanak-kanak memilih pakaian sendiri boleh membantu mereka menyatakan keperibadian dengan lebih jelas.

Keyakinan diri berkembang lebih cepat pada kanak-kanak yang bebas meluahkan apa yang mereka suka dan tidak suka.

Berkongsi pendapat mereka mengenai pakaian membolehkan mereka mengekspresikan diri dengan lebih mudah di tempat atau keadaan yang lain.

3) Mengukuhkan kemahiran membuat keputusan

Membenarkan kanak-kanak memilih pakaian mereka sendiri menyumbang kepada proses pembelajaran mengenai kesan daripada keputusan yang mereka buat.

Contohnya, jika mereka tidak memilih pakaian mengikut keadaan cuaca, mereka tidak selesa memakainya dan memilih pakaian lebih sesuai untuk cuaca pada masa akan datang.

IBU bapa boleh beri panduan dan saranan.
IBU bapa boleh beri panduan dan saranan.

4) Merangsang kreativiti

Apabila ibu bapa memilih sendiri pakaian anak-anak, berpakaian itu bertukar menjadi satu tugasan buat mereka.

Malah anak anda juga melihat proses itu lebih menyeronokkan untuk mereka.

Selain itu, usaha kanak-kanak menggabungkan model dan warna pakaian berbeza akan memberi inspirasi dan meningkatkan kreativiti mereka.

5) Mengajar untuk membuat belanjawan

Anda boleh menggunakan kaedah anak memilih pakaian sendiri untuk membantu mereka memahami pengurusan belanjawan.

Mulakan

dengan memperuntukkan bajet tertentu untuk memilih pakaian dan anak anda perlu memutuskan dengan lebih logik apa yang mereka patut beli pada bajet terhad itu.

6) Membantu menjimatkan masa

Cuba menyiapkan anak setiap hari adalah rutin yang mengambil banyak masa.

Kanak-kanak sering tidak berpuas hati dengan proses ini dan meyakinkan mereka apa yang perlu dipakai adalah cabaran yang besar setiap pagi.

Membenarkan anak memilih pakaian sendiri menjadikan proses ini lebih menyeronokkan dan lebih pantas untuk ibu bapa dan anak kecil itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 6:08 AM