Marrit (kanan) memenangi emas dalam acara 100m gaya bebas wanita.
Marrit (kanan) memenangi emas dalam acara 100m gaya bebas wanita.
AFP

Doha:Perenang Belanda terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang untuk memenangi dua gelaran di kejohanan Renang Dunia yang berlangsung di Doha, Qatar.

Pencapaian perenang Belanda itu menyamai kejayaan diperoleh China apabila turut memenangi dua emas di pentas kejohanan dunia itu.

Sudah pastinya perenang sensasi Marrit Steenbergen memenangi 100 meter (m) gaya bebas wanita untuk meraih gelaran dunia untuk Belanda buat kali pertama sejak 2013.

Hanya dalam tempoh 45 minit kemudian, rakan senegaranya Tes Schouten, menambah satu lagi dalam 200m kuak dada wanita.

Perenang muda China Dong Zhihao memenangi 200m kuak dada lelaki , dan pasukan lelaki China dalam acara 200m gaya bebas mengakhiri malam semalam dengan meraih emas.

Perenang Sepanyol Hugo Gonzalez juga memenangi emas dalam 200m gaya bebas dengan berjaya memotong lawannya di saat akhir.

Marrit, pemenang gangsa dalam acara itu pada kejohanan tahun lalu, memenangi dalam masa 52.26 saat.

"Hari ini saya tidak terasa terlalu tekanan. Saya hanya cuba berseronok dan cuba menikmati saingan itu. Apabila saya melakukan itu, saya boleh berenang dengan sangat pantas," kata Marrit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2024 @ 7:52 AM