MO FARAH pemenang pingat emas Olimpik London dan Rio. -FOTO AFP
MO FARAH pemenang pingat emas Olimpik London dan Rio. -FOTO AFP
AFP

Geneva: Pemenang pingat emas Olimpik empat kali Mo Farah yang dilahirkan di Somalia dan diperdagangkan ke Britain semasa kecil, menyertai agensi migrasi PBB sebagai duta muhibah global yang pertama.

Atlet yang berusia 40 tahun itu bersara pada September lalu berkata, dia mahu membantu orang untuk mengatasi apa yang mereka lalui.

Farah memenangi acara 5,000 meter (m) dan 10,000m di Olimpik London 2012 dan Rio de Janeiro 2016 di zaman kegemilangannya dalam acara jarak jauh.

Tetapi pada Julai 2022 dia mendedahkan bahawa nama sebenarnya ialah Hussein Abdi Kahin dan dia diperdagangkan secara haram ke Britain semasa kecil.

Berpindah ke UK sebagai pelarian dari Somalia bersama ibu bapanya, seperti yang didakwa sebelum ini, Farah mendedahkan dia melalui Djibouti ketika berusia lapan atau sembilan tahun bersama seorang wanita yang tidak pernah dia temui, diberi identiti palsu dan kemudian diminta menjaga orang lain.

"Tiada kanak-kanak boleh melalui apa yang saya lalui; mangsa pemerdagangan. Mereka layak menjadi kanak-kanaka dan bermain serta menjadi kanak-kanak," kata Farah.

Beliau dilantik oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi di Majlis IOM, perhimpunan utama tahunan agensi PBB itu.

"Menjadi duta muhibah global untuk IOM memberi saya peluang untuk membantu orang - orang seperti saya - dan membuat perubahan," kata Farah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 11:05 AM