FARAH beraksi di Great Manchester 10k, perlumbaan kedua terakhirnya sebelum bersara. -FOTO BBC
FARAH beraksi di Great Manchester 10k, perlumbaan kedua terakhirnya sebelum bersara. -FOTO BBC
Agensi

London: Mo Farah akan beraksi dalam acara maraton Great Manchester 10k untuk perlumbaan kedua terakhir dalam kariernya sebelum bersara pada September ini.

Farah, 40, mengumumkan acara larian Great North tahun ini akan menjadi perlumbaan kompetitif terakhirnya selepas dia menduduki tempat kesembilan dalam Marathon London April lalu.

Ia adalah pembabitan kali pertama sejak 2018 yang mana juara empat kali Olimpik itu berlumba di Manchester .

Pada ketika itu dia berjaya muncul juara mengatasi Moses Kipsiro.

"Ada sesuatu yang luar biasa istimewa tentang perlumbaan di Manchester, sokongan daripada penonton di bandar untuk saya sentiasa luar biasa," kata Farah.

"Saya tidak sabar untuk melihat orang ramai di jalanan dan beribu-ribu pelari lain yang akan berlari.

"Ia mungkin agak beremosi, tetapi saya sangat gembira kerana berpeluang berlumba di Manchester sekali lagi sebelum saya bersara."

Farah mengakui selepas berlari dua jam, 10 minit 28 saat di London, dia tahu sudah tiba masanya meninggalkan sukan itu kerana badannya tidak lagi mampu menampung persaingan peringkat elit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2023 @ 11:52 AM