HASHIMOTO ketika beraksi dalam disiplin kuda berpelana. FOTO EPA
HASHIMOTO ketika beraksi dalam disiplin kuda berpelana. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Daiki Hashimoto dari Jepun menumbangkan penyandang juara, Zhang Boheng untuk memenangi pusingan akhir all-around lelaki di Kejohanan Gimnastik Dunia di Liverpool.

Pemenang pingat emas Olimpik dua kali itu mengumpul 87.198 mata untuk menterbalikkan keputusan akhir tahun lalu di Kitakyushu dan menebus kekalahan acara akhir berpasukan lelaki Rabu lalu, apabila pemain Boheng membantu China meraih emas mengalahkan Jepun.

Ia adalah babak terbaru dalam persaingan yang sedang berkembang antara dua bintang gimnastik, yang hanya dipisahkan dengan 0.017 mata tahun lalu.

Hashimoto dipuji secara meluas sebagai pengganti hebat legenda Jepun, Kohei Uchimura, yang memenangi enam gelaran all-around berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini antara 2009 hingga 2015.

"Saya ada mengurangkan darjah kesukaran dalam rutin senaman lantai kerana bersebab, saya masih belum cergas 100 peratus.

"Saya masih bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan dan perut.

"Selepas dua bahagian latihan dan saingan akhir pasukan, saya berasa agak letih. Itulah sebabnya saya lebih suka menjadikannya lebih selamat untuk mengurangkan kesukaran, bertujuan untuk pelaksanaan yang lebih baik," kata Hashimoto

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 1:25 PM