KEDUA-duanya pernah bertemu sebelum ini di gelanggang tinju yang menyaksikan Mayweather memenangi perlawanan berkenaan. FOTO Agensi
KEDUA-duanya pernah bertemu sebelum ini di gelanggang tinju yang menyaksikan Mayweather memenangi perlawanan berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

London: Floyd Mayweather berpotensi untuk bertemu Conor McGregor di Oktagon serta di gelanggang tinju dengan rekod ganjaran wang mencecah AS$1.5 bilion (RM6.9 bilion).

Pasukan Mayweather sedang mengadakan rundingan dengan pasukan bintang UFC itu menerusi kontrak dua perlawanan yang menyaksikan mereka akan bertembung di gelanggang tinju diikuti perlawanan di pentas MMA pula, kata sumber.

Ia akan menjadi pengalaman kali pertama Mayweather bertarung di gelanggang MMA dan kedua-dua perlawanan itu akan direkodkan secara rasmi.

Perlawanan itu akan berlangsung di Abu Dhabi serta Arab Saudi pada 2023 jika kontrak dipersetujui kedua-dua pihak.

"Floyd kini dalam perbincangan untuk melangkah ke Oktagon jika ganjarannya berbaloi.

"Mereka kini ingin menandatangani kontrak dua perlawanan bernilai AS$1.5 bilion (RM6.9 bilion).

"Perancangannya ialah satu pertarungan akan berlaku di Abu Dhabi dan satu lagi di Arab Saudi. Jadi akan ada pertarungan tinju dan juga pertarungan MMA di bawah peraturan MMA.

"Pasukan Floyd dan Conor sedang berbincang sepanjang minggu ini," kata sumber dalam kem Mayweather kepada SunSport.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 11:20 AM