TEGAS Boonchai (kiri) Nasri mempunyai 14 hari daripada tarikh surat berkenaan untuk memberi maklum balas kepada Astaf. FOTO NSTP
TEGAS Boonchai (kiri) Nasri mempunyai 14 hari daripada tarikh surat berkenaan untuk memberi maklum balas kepada Astaf. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) tidak berganjak dengan keputusan mereka apabila satu lagi notis pertuduhan diserahkan kepada Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Mohd Nasri Haron selepas yang mendakwa tidak menerima makluman berkenaan.

Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat berkata, pihaknya sudah menghantar notis pertuduhan berkenaan ke emel peribadi Nasri dan emel pejabat Perses pada 26 Mac lalu.

"Selepas beliau (Nasri) mendakwa tidak menerima notis berkenaan, Astaf bersetuju untuk sekali lagi menghantar notis pertuduhan itu, memandangkan Astaf melihat jawapan kamu adalah penting untuk memastikan pertuduhan dijawab dan keadilan serta ketertiban dapat dipelihara.

"Astaf tetap berpendirian kekal yang kami sudah menghantar emel kepada kamu berhubung pertuduhan itu menerusi emel peribadi termasuk juga emel pejabat Perses masing-masing pada 26 Mac 2022 pada jam 12.50 pagi dan 1.08 pagi.

Tegas Boonchai, Nasri mempunyai 14 hari daripada tarikh surat berkenaan untuk memberi maklum balas kepada Astaf.

Terdahulu, Boonchai dalam kenyataannya, berkata satu notis menerusi bertarikh 26 Mac 2022 sudah dihantar kepada Nasri yang juga bekas Naib Presiden Astaf berasaskan pertuduhan bahawa beliau menyalahi undang-undang kecil Astaf berhubung tatatertib dan/atau penyalahan Perlembagaan Astaf dan/atau Perbuatan Salah Laku.

Beliau dikenakan tindakan Astaf selepas didakwa berkomplot dengan bekas Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail untuk mencemarkan reputasi badan induk Asia itu menjelang Kongres Pemilihan Majlis Astaf bagi penggal 2021/2025 pada 1 Mac tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 1:40 PM