ARYNA mudah menumpaskan Coco dalam aksi suku akhir Indian Wells. FOTO AFP
ARYNA mudah menumpaskan Coco dalam aksi suku akhir Indian Wells. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Aryna Sabalenka berkata kejayaannya di Terbuka Australia membantu mengurangkan masalah gementar yang menghantuinya sebelum ini dan memberikannya keyakinan diri selepas berjaya menumpaskan Coco Gauff di suku akhir Indian Wells.

Senjata Aryna yang paling berkesan ialah servisnya di mana ia menjadi menjadi liabiliti terbesar tahun lalu apabila dia melakukan 428 double fault.

Pada satu ketika dia hanya menggunakan servis lambung.

Bagaimanapun, dia tidak berdepan masalah dalam aksi suku akhir tanpa melakukan sebarang double fault ketika memenangi 87 peratus daripada servis pertamanya untuk mengetepikan Coco 6-4, 6-0.

"Saya berasa sedikit berbeza di dalam gelanggang tahun ini. Saya merasakan seperti seorang pemain lain.

"Kerana sebelum ini, saya tidak mempunyai gelaran Grand Slam, dan setiap kali saya merasakan begitu banyak tekanan daripada diri sendiri kerana saya benar-benar mahu mendapatkannya.

"Setiap kali sesuatu akan berlaku, saya akan kalah dalam perlawanan yang sangat dekat hanya kerana saya sangat mahukannya. Saya akan terlepas begitu banyak pukulan mudah.

"Buat masa ini ia memberi saya lebih kepercayaan dan memahami apa yang perlu saya lakukan pada perlawanan penting itu," katanya.

Pemain nombor dua dunia dari Belarus itu berkata kejayaan Terbuka Australia Januari lalu juga membolehkannya mengekalkan minda positif dalam perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2023 @ 9:54 AM